top of page

Bermula jam lewat 10 malam, ketika itu hujan renyai-renyai di Klang, tetapi kami redah juga memandangkan sesi memberi bantuan bakal bermula. Saya berasa sedikit teruja disebabkan saya menetap dikawasan Klang dan saya berasa ingin tahu apakah sebenarnya yang dikatakan gelandangan itu. Berdasarkan dari pemerhatian saya sepanjang sesi berkhidmat sebagai sukarelawan di daerah Klang, apa yang dapat saya lihat adalah pihak NGO merancang rapi setiap bantuan yang akan dihulurkan kepada para gelandangan. Di kawasan Klang, 'REACHOUT' merupakan NGO yang membantu gelandangan pada setiap malam. REACHOUT telah ditubuhkan semenjak beberapa tahun yang lalu. Situasinya, REACHOUT akan berhenti di sesetengah tempat yang telah ditetapkan atau telah menjadi kebiasaan mereka berhenti di kawasan itu, mereka akan menyediakan bekalan makanan dan pakaian serta ubat-ubatan kepada gelandangan-gelandangan yang akan mula beratur untuk mendapatkan bahagian mereka. Saya sempat berborak dengan salah seorang gelandangan di situ dan dia menceritakan serba sedikit asal-usul kehidupannya tetapi tidaklah sampai menceritakan apa yang menyebabkan dia menjadi gelandangan. Apa yang dapat saya lihat, gelandangan-gelandangan di kawasan Klang dijaga dengan baik oleh badan NGO. Di jaga dengan baik pada pandangan saya mungkin kerana mereka sentiasa diberi bantuan pada setiap malam. REACHOUT juga ada mengatakan bahawa gelandangan di Klang tidaklah sebanyak gelandangan yang terdapat di Kuala Lumpur.

KOLEKSI GAMBAR AKTIVITI GELANDANGAN
![]() IMG_9213.JPG | ![]() IMG_9211.JPG | ![]() IMG_9210.JPG |
---|---|---|
![]() IMG_9209.JPG | ![]() IMG_9208.JPG | ![]() IMG_9206.JPG |
![]() IMG_9204.JPG | ![]() IMG_9199.JPG | ![]() IMG_8949.JPG |
![]() IMG_8922.JPG | ![]() IMG_8921.JPG | ![]() IMG_8920.JPG |
![]() IMG_8918.JPG | ![]() IMG_8917.JPG | ![]() IMG_8916.JPG |
![]() IMG_8915.JPG | ![]() IMG_8914.JPG | ![]() |
![]() SUASANASuasana dalam keadaan aman dan aktiviti berjalan lancar | ![]() GELANDANGANGelandangan sedang mengambil makanan | ![]() GELANDANGANPara gelandangan yang sedang beratur |
![]() GELANDANGANAhli REACHOUT sedang membantu gelandangan | ![]() FOKUS AJKAjk program sedang melihat situasi yang sedang berlaku | ![]() SESI MENGHULURKAN BANTUANGelandangan mengambil makanan beserta memilih pakaian dalam keadaan beratur |
bottom of page