top of page

PENGALAMAN YANG DIPEROLEH/PANDANGAN

 

    Setiap orang memiliki pandangan yang berbeza jika menyentuh isu-isu yang sensitif seperti gelandangan ini.  Pada saya, program sebegini jarang dilakukan sebagai program persatuan di Universiti.  Maklumlah, siapalah yang sudi sangat melihat kehidupan para gelandangan.  Mungkin ramai yang berpendapat bahawa kenapalah kita perlu melihat kehidupan mereka, semua maklum mereka tinggal di tepi-tepi jalan, tidak mempunyai pekerjaan, hanya mengharap ihsan orang lain dan banyak lagi.  Persepsi sebegini juga pernah muncul dalam fikiran saya dimana saya tertanya-tanya sendiri; adakah para gelandangan ini tidak mempunyai inisiatif untuk mengubah hidup mereka? setiap manusia diberi akal fikiran untuk kita berfikir dan mengubah hidup kita sendiri.  Saya juga terfikir bahawa mereka yang bergelandangan ini adalah mereka yang tidak memiliki tempat tinggal yang selesa.  Saya berfikiran sedemikian kerana dalam kaca TV atau drama mahupun filem tempatan menayangkan sisi gelandangan dalam keadaan tidur di tepi-tepi jalan, mengutip makanan untuk dimakan dari tong-tong sampah.  Malah saya membuat andaian bahawa jika mereka mencari pekerjaan seperti menjadi tukang sapu, kerja di kedai-kedai makan, mungkin dalam tiga atau empat bulan gaji sudah boleh menyewa sebuah kediaman murah.  Jadi dimana silapnya sehingga mereka tidak boleh bangkit untuk mengubah nasib sendiri

.

    Namun begitu, persepsi saya telah berubah apabila saya mengikuti program yang dianjurkan oleh PERMAS UUM dengan kerjasam TNLP yang telah banyak membantu kami dalam memahami kehidupan para gelandangan dalam sisi yang lebih dekat.  Banyak ilmu dan pengalaman baru yang dapat saya kutip daripada pemerhatian saya sendiri, daripada sedikit maklumat yang disampaikan oleh REACHOUT di Klang dan penceritaan oleh pasukan TNLP sendiri.  Terdapat satu kisah benar dimana seorang lelaki yang datang daripada sabah/sarawak (saya tak ingat) untuk bekerja dengan satu syarikat di semenanjung Malaysia yang menawarkan pekerjaan kepadanya telah menipu lelaki tersebut dengan teruk sekali.  Lelaki tersebut boleh bekerja dengan syarikat tersebut dengan syarat kad pengenalannya akan dipegang.  Sudah tentu lelaki itu menolak kerana kad pengenalan sangat penting kepada seseorang indidvidu kerana ia menunjukkan warganegara seseorang.  Oleh itu, lelaki tersebut telah membuat laporan polis tetapi pihak polis telah mengembalikan lelaki tersebut kepada syarikat.  Sepanjang berada dalam jagaan syarikat, lelaki itu sering didera sehinggakan semua perkara dikawal oleh syaraikat dan jadilah dia dalam kalangan gelandangan yang telah sedia ramai.

 

    Apa yang dapat saya simpulkan adalah setiap perkara yang berlaku di atas diri setiap insan mempunyai sebab yang tersendiri.  Terlalu banyak sebab yang rumit untuk dirungkaikan berkaitan masalah gelandangan yang tidak pernah pupus ini.  Sebagai manusia yang jika masih ada sifat kemanusiaan, janganlah kita menghina mereka dan menuduh atau mencemuh mereka serta membuat andaian yang bukan-bukan sebelum kita benar-benar mengenali setiap daripada mereka.  Sedangkan kita yang hidup normal ini mempunyai masalah yang sering kita fikir sukar ada penyelesaian kerana berfikiran negatif, begitu jugalah para gelandangan yang sememangnya hilang motivasi sejak lama dahulu.  oleh itu, bukanlah salah mereka jika mereka hidup begitu.  Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Wallahualam.

© 2014 by MelatiMel. Hak Cipta Terpelihara.

bottom of page