top of page

Gelandangan-gelandangan yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur terlalu banyak dan mereka berada di merata-rata tempat. Ada yang tidur di kawasan yang sempit dan tersembunyi, dan bekalan makanan atau pakaian mahupun perubatan yang dihulurkan oleh NGO seperti 'The Nasi Lemak Project' tidak sama dengan apa yang REACHOUT lakukan. Kami terpaksa bergerak dengan pantas untuk mencari gelandangan-gelandangan dengan melalui setiap tempat dan lorong. Kemudian, kami akan bergegas turun dari kenderaan untuk memberikan makanan nasi lemak dan makanan tambahan lain (roti & air kotak) beserta pakaian. Terdapat gelandangan yang melihat kami datang dengan wajah yang takut dan terkejut sebelum diberi isyarat oleh wakil TNLP bagi menyatakan kedatangan kami adalah berniat baik. Terdapat juga gelandangan yang sedang tidur ketika kami meletakkan makanan di sisi mereka.

KOLEKSI GAMBAR AKTIVITI
![]() | ![]() | ![]() |
---|---|---|
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
bottom of page